Selasa, 30 Ogos 2011

1432H Eid Fitr...

Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam diseluruh dunia terutama yang berada di Qariah Teluk Kemang...
Ramadhan membasuh hati yang berjelaga...Kini tiba saatnya meraih rahmat dan ampunanNYA...
Dari warga kerja BEKeTK , Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H...Semoga Syawal ini memberi keberkatan dan rahmat ..InsyaAllah...Dengan Ingatan Tulus Ikhlas , Maaf Zahir & Batin.

Isnin, 29 Ogos 2011

BEKeTK Takbir Raya 2011












Tahniah di ucapkan pada team BEKeTK diatas kesudian mengadakan Takbir Raya 2011 pada malam 1 Syawal yang lalu. Dianggarkan 15 buah rumah telah dikunjungi oleh team BEKeTK untuk bertakbir sempena menyambut Syawal 1432H.Diharap kemeriahan menyambut Syawal dengan takbir raya ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang .Dari wargakerja BEKeTK dan AJK mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H , Maaf Zahir & Batin.."

Khamis, 25 Ogos 2011

1432H RAMADHAN TADDARUS AL-QURAN















Pada 25 Ramadhan yang lalu , BEKeTK dengan kerjasama AJK Surau Raudatululum telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai.Taddarus Al-Quran ini telah bermula seawal Ramadhan lagi dan berakhir pada 23 Ramadhan sebanyak 2 kali khatam bagi semua peserta.Majlis khatam Al-Quran ini juga diraikan bersama-sama Ikhwan muda dari Politeknik dan Kadet-Kadet IJED PD.Sumbangan ikhlas daripada pihak AJK Surau dan juga sijil penghargaan dari Jabatan Belia NS telah disampaikan oleh Pn.Hjh Esah (Veteran T.K) kepada semua peserta taddarus .Bagi pihak BEKeTK dan AJK SRU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang2 dan anak2 muda yang mengikuti program taddarus ini dari mula hingga akhir.Semoga amalan baik dibulan mulia ini diterima ALLAH..InsyaAllah.

Khamis, 18 Ogos 2011

Rayuan Ramadhan AQSA













Pada 18 Ogos 2011 Surau Raudatululum dengan kerjasama JIM dan BEKeTK telah menganjurkan ceramah sempena pemergian sukarelawan2 Jemaah Islamiah Malaysia yang akan berlepas ke Palestin pada Sabtu,20 Ogos 2011 ini. Hampir RM1.2M telah dapat dikumpulkan menerusi sumbangan orang perseorangan dan persatuan untuk disampaikan kepada sedara sesama islam kita dia Palestin.Ceramah telah disampaikan oleh Dr.Hi Samsuri Abdullah dari JIM.Terima kasih diucapkan kepada hadirin yang telah meluangkan masa bersama-sama untuk menjayakan ceramah ini .Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang tenaga atau membantu dari segi kewangan , silalah melawati laman web www.aqsasyarif.org.my.