Sabtu, 26 November 2011

1433H

Assalam utk semua umat Islam seluruh dunia...dari warga kerja BEKeTKN9 mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433..Semoga hijrah ini akan memberi satu kehidupan yg lebih dr yang sebelumnya...InsyaAllah."

"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..al-Baqarah'218 "

Selasa, 8 November 2011

Aktiviti Qurban 2011 - 6 & 7 Nov























































Aktiviti Qurban tahun ini telah disempurnakan di Masjid Warisan selepas solat sunat AidilAdha. Sebanyak 13 ekor lembu telah diqurbankan pada tahun ini .Acara Qurban ini telah dihadiri dan dijalankan dengan kerjasama penduduk setempat dan badan2 kerajaan seperti JPA,BOMBA dan PDRM.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini dari awal hingga ke akhir.

Ahad, 6 November 2011

Mutiara Kata

" Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di HATInya "

Sabtu, 5 November 2011

Ketibaan Ternakan2 Qurban ke Masjid Warisan










Sekitar ketibaan ternakan2 untuk Aktiviti Qurban 2011 ke Masjid Warisan. Syukur alhamdulillah , pada tahun ini sebanyak 13ekor lembu telah ditempah oleh orang perseorangan secara individu dan berkumpulan. Qurban tahun ini akan dijalankan di MW seperti yang telah ditetapkan dalam mesyuarat oleh pihak pengurusan.Semoga pengorbanan QURBAN kita mendapat "SEMANGAT DAN ROH PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM" demi bangsa dan ugama ISLAM yang ADDIN.

Gotong Royong Qurban 2011 - Masjid Warisan












Sehari sebelum Majlis Qurban berlansung , AJK Biro dengan kerjasama penduduk setempat ,JPA ,BOMBA , PDRM termasuk Nelayan dikawasan sekitar telah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar Masjid Warisan dan tempat acara Qurban akan berlansung. Bagi pihak Biro , mengucapkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan secara langsung ataupun tidak kepada semua pihak yang terlibat.

1432H Eid Adha....

“Daging dan darah binatang qurban atau hadiah tidak akan sekali-kali sampai kepada Allah,tetapi yang sampai kepadaNYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu..Al-Haj'37”


Salam AidilAdha untuk semua umat Islam diseluruh dunia terutamanya bagi penduduk di Qariah Teluk Kemang...Semoga kita dapat meneladani pengorbanan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS .Semoga Allah memberikan kita kekuatan dalam meneladani dua teladan agung ini...InsyaAllah....Dari wargakerja BEKeTK ,Selamat Hari Raya AidilAdha ..

Khamis, 3 November 2011

Mutiara Kata

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun." ~Hamka~

Isnin, 31 Oktober 2011

Mesyuarat Persiapan Qurban 2011










Mesyuarat persiapan untuk majlis Qurban pada tahun ini telah diadakan sebanyak 5 kali bermula dari bulan July yang lalu dan pada 30 Otk 2011 mesyuarat akhir persiapan majlis Qurban Tahunan 2011 telah diadakan di MAR Seafood .Pelbagai perkara berbangkit telah di bincangkan dikalangan ahli Biro untuk memastikan majlis berjalan lancar pada hari Qurban.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ceramah "ERTI PENGORBANAN" 29 Okt 2011













Sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidil Adha , pihak pengurusan Biro telah menganjurkan satu ceramah bertajuk "ERTI PENGORBANAN" bertempat di Masjid Warisan.Ceramah telah disampaikan oleh Tim.Pengarah JAINS ( bhgn pengurusan masjid & surau N9 ) iaitu Ustaz Sharizan Ibrahim . Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang ini.

Selasa, 30 Ogos 2011

1432H Eid Fitr...

Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam diseluruh dunia terutama yang berada di Qariah Teluk Kemang...
Ramadhan membasuh hati yang berjelaga...Kini tiba saatnya meraih rahmat dan ampunanNYA...
Dari warga kerja BEKeTK , Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H...Semoga Syawal ini memberi keberkatan dan rahmat ..InsyaAllah...Dengan Ingatan Tulus Ikhlas , Maaf Zahir & Batin.

Isnin, 29 Ogos 2011

BEKeTK Takbir Raya 2011












Tahniah di ucapkan pada team BEKeTK diatas kesudian mengadakan Takbir Raya 2011 pada malam 1 Syawal yang lalu. Dianggarkan 15 buah rumah telah dikunjungi oleh team BEKeTK untuk bertakbir sempena menyambut Syawal 1432H.Diharap kemeriahan menyambut Syawal dengan takbir raya ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang .Dari wargakerja BEKeTK dan AJK mengucapkan " Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H , Maaf Zahir & Batin.."

Khamis, 25 Ogos 2011

1432H RAMADHAN TADDARUS AL-QURAN















Pada 25 Ramadhan yang lalu , BEKeTK dengan kerjasama AJK Surau Raudatululum telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai.Taddarus Al-Quran ini telah bermula seawal Ramadhan lagi dan berakhir pada 23 Ramadhan sebanyak 2 kali khatam bagi semua peserta.Majlis khatam Al-Quran ini juga diraikan bersama-sama Ikhwan muda dari Politeknik dan Kadet-Kadet IJED PD.Sumbangan ikhlas daripada pihak AJK Surau dan juga sijil penghargaan dari Jabatan Belia NS telah disampaikan oleh Pn.Hjh Esah (Veteran T.K) kepada semua peserta taddarus .Bagi pihak BEKeTK dan AJK SRU ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang2 dan anak2 muda yang mengikuti program taddarus ini dari mula hingga akhir.Semoga amalan baik dibulan mulia ini diterima ALLAH..InsyaAllah.