Ahad, 17 Julai 2011

Jemputan 'Forum Perdana - AHLAN WA SAHLAN RAMADHAN 1432H " pada 22 July 2011

MKTK & BEKeTK dengan kerjasama Pej. Agama Islam Daerah PD telah menganjurkan satu Forum Perdana bersempena kehadiran bulan Ramadhan pada 22 July 2011 / Jumaat bertempat di Masjid Kariah Telok Kemang. Diantara penceramah undangan adalah Ust.Fauzi Mustafa (Pengacara Al-Kuliyah TV3) dan juga Ust.Wan Sohor Bani Leman ( Penceramah bebas).Penduduk setempat dan orang awam dijemput hadir beramai-ramai bagi mengimarahkan lagi majlis Ilmu di rumah Allah ini.

Sabtu, 16 Julai 2011

Mesyuarat 'Forum Perdana' 15 July 2011

BEKeTK ,AJK Masjid dan wakil dari Pej.Agama Islam PD sedang membincangkan hal-hal penting bagi memastikan kelancaran program yang akan dianjurkan oleh MKTK dengan kerjasama PAIPD .Kelihatan semua AJK memberikan kerjasama dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Ust.Kahar.

Jumaat, 15 Julai 2011

Sambutan Israk Mikraj 2011











Pada 14 July 2011 , Masjid Kariah dan Surau Raudatululum telah berkerjasama menganjurkan Majlis Israk Mikraj yang bertempat di Surau Raudatululum.Terima kasih pada masyarakat setempat yang telah hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu ini dan juga kepada Biro yang telibat dalam melancarkan perjalanan program ini.