Sabtu, 28 November 2009

Aktiviti Qurban 2009












Qurban pada tahun 2009 berjumlah 12 ekor lembu.Terima kasih kepada orang perseorangan dan juga kelompok yang telah melakukan qurban pada tahun ini. Bagi yang berhajat, bolehlah menghubungi En.Mohd Khidir -017-2130047

Selasa, 20 Oktober 2009

Sekitar Mesyuarat & persiapan Qurban 2009













Semua AJK sedang membincangkan perancangan Qurban 2009 bertempat di bilik mesyuarat MKTK.

Khamis, 8 Oktober 2009

Majlis Penyerahan Zakat Perdana Perdana oleh Bank Rakyat 2009

Biro telah berjaya menjalankan satu program sumbangan Bank Rakyat bagi membantu fakir miskin Kariah Telok Kemang dan Bagan Pinang,sumbangan disampaikan oleh Dato Sabri Chik bersama Tan Sri Mohd Isa Abd.Samad.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Majlis Penyerahan Van Jenazah 2009












Berkat usahasama Biro dan Bank Rakyat .MKTK telah menerima sebuah Van bagi memudahkan pengurusan jenazah untuk penduduk sekitar Kariah Telok Kemang.Majlis penyerahan Van ini telah disempurnakan oleh wakil dari Bank Rakyat .

Isnin, 10 Ogos 2009

Ceramah GAZA Anjuran BIRO 2009

Pihak Biro dan juga kerjasama dari penduduk setempat telah menganjurkan satu program kesedaran dan sekaligus memupuk keperihatinan masyarakat Malaysia terhadap keperitan yang dilalui oleh penduduk GAZA. Terima kasih diucapkan kepada yang menghadiri ceramah ini.

Rabu, 15 Julai 2009

Aktiviti Amal Mesra Kariah TK 2009

Biro dengan kerjasama penduduk setempat,pemuda Umno dan MPPD membersihkan kawasan masjid dan tanah perkuburan Kariah Telok Kemang.Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan Program ini.

Isnin, 13 Julai 2009

Projek membaikpulih Masjid 2009

Berkat usaha dan kerjasama dari semua Biro, dua projek membaikpulih Masjid Kariah Telok Kemang telah di laksanakan.